Saturday, October 3, 2009

Pilihan Raya Bagan Pinang 3

Saya telah ke PD pada malam penamaan calon. Memang meriah dengan pelbagai gelagat penyokong. Banyak kemah dirikan, banyak bendera dinaikkan dan banyak polis di tempatkan. Hotel-hotel dipenuhi pengunjung, penyokong dan polis. Pagi penamaan calon jalan-jalan ke bandar PD tutup, jam, tak boleh masuk, kawasan sempitlah katakan. Walau apapun PD tetap nyaman.
Berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk kempen pilihan raya Bagan Pinang? Bagi calon PAS nampak selekeh saja. Kemah kecik-kecik secara bandingan dengan kemah BN. Dengar-dengar orang-orang Jempol tempat DSU Isa menjadi ahli parlimen turun beramai-ramai untuk memberi sokongan. Itulah pelaburan budi, mesti dibalas budi. Orang Pilah pun turun berbondong-bondong. Orang KL pun tak melupakannya, walaupun hanya sebentar menjadi Menteri KL.
Mengikut orang PAS, DSU Isa dah ada handicap 4500 undi. Beliau perlu untuk mendapat lebih kurang 2500 undi untuk menang selesa, tetapi perbelanjaan yang ditaburkan nampak macam tak berpadanan banyaknya. Tapi bagus juga untuk orang PD dapat raya ke tiga. Raya puasa, Raya enam dan pilihan raya. Kalau dibelanja RM2M, bermakna bagi setiap undi RM800, kalau RM4M bermakna RM1.6K. Berapakah perbelanjaan sebenar bagi setiap pihak - 10M, 20M atau 30M? Adakah perlu pada kemah besar, makan besar, bendera besar, gambar besar dan banyak. Kalau kita masuk saja ke PD guna hi-way kita akan disambut oleh PM dan 1Malaysianya. Siapa yang nak diundi?
Baguslah

No comments:

Post a Comment