Monday, September 28, 2009

Biarkan Kaunseling Tetap Relevan

">Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dan pendidik sekarang semakin mencabar. Mungkin yang lebih susah lagi ialah menjadi seorang kanak-kanak. Pada zaman ini kanak-kanak banyak menerima pengaruh dan gangguan. Kita dan anak-anak kita akan menanggung akibatnya apabila terlalu menitikberatkan kecerdasan mereka dan mengabaikan hati naluri mereka.">Bagaimanakah kita boleh melahirkan anak-anak yang riang, sihat dan produktif? Kita boleh mengubah cara perkembangan otak kanak-kanak. Kita boleh mengajar kanak-kanak cara-cara mengubah biokimia emosi mereka, lantas membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih mudah, dengan mengawal emosi supaya lebih gembira. Serotonin adalah salah satu daripada bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmitters yang menghantar mesej emosi dari otak ke bahagian-bahagian badan yang lain. Menurut ahli psikologi Michael Norden dalam bukunya Beyond Prozac, kita boleh melatih otak kita untuk mengeluarkan serotonin dengan makanan yang seimbang healthier diet, bersenam dan mendapat masa tidur yang mencukupi. Peningkatan serotonin dihubungkaitkan dengan kurangnya perlakuan mengikut gerak hati dan agresif. "Kajian-kajian terkini mendapati bahawa kecerdasan emosi dapat diajar iaitu ia boleh meningkat secara automatik melalui latihan emotional regulation (ER). ER mengubah sesuatu emosi kepada emosi yang lain dengan mengubah motivasi daripada mengelak atau menyerang kepada mengubati atau membaiki.

No comments:

Post a Comment