Friday, October 30, 2009

Apa nak jadi dengan kokurikulum di sekolah?

Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan suatu kecelakaan yang menimpa pelajar-pelajr yang terlibat dengan perkemahan 1Malaysia Perak yang mengakibatkan kematian. Ada suara yang mencadangkan supaya perkemahan dan aktiviti kokurikulum di keluarkan dari sistem persekolahan.
Ini suatu kes 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' Adakah disebabkan satu insiden keseluruhan program perlu mansuhkan? Nampaknya kematanagan berfikir rakyat Malaysia diragui. Kalau ada apa-apa berlaku yang perlu dibuat adalah membuat siasatan dan atasi kepincangan.
Mungkin kita semua telah di jangkiti penyakit orang amerika, marah Osama, tetapi bom saddam.

Thursday, October 29, 2009

Adakah clip You Tube Rosmah Puaka benar?


Selepas Bagan Pinang ada pembentangan bajet, kemudian Pertabalan YDPB Negeri Sembilan. Ramai pembesar dan isteri mereka hadir di majlis tersebut. Walau bagaimanapun, ada satu kehilangan yang sangat ketara. Beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk menonjolkan diri walaupn hingga ke china, lengkap dengan memberi ucapan di mana isteri-isteri PM yang dulu-dulupun tak buat.
Apabila beliau tidak muncul di dalam suatu peristiwa besar berhampiran kampung hakamannya sendiri ini menimbulkan tanggapan video yang mencaci beliau di Youtube mungkin benar dan belau tidak digemari oleh orang kampung beliau.

Selepas Bagan Pinang

Keputusan di Bagan Pinang telah diumumkan. Kegembiraan hasil kemenangan BN tidak bertahan lebih dari 3 hari. Bajet yang dibentang Najib sangat mengecewakan. Penjawat awam yang menjangka bayaran gaji bulan ke 13 tidak kesampaian. Mungkin gaji mereka disalurkan ke arah pasukan lumba Formula 1 1Malaysia. Duit minyak dah lama naik tetapi tidak ada pengumuman yang jelas. Yang ada hanya perbincangan tentang kesesuaian RON 95 mengambil tempat RON 97. Kemudian bila tak ada bantahan RON 97 dihilangkan dari pasaran dan RON 95 dijual pada harga RON 97. Kalau dilihat secaraa teliti, ini suatu penipuan.

Monday, October 5, 2009

Pilihan Raya Bagan Pinang 4

Walau apapun yang dikata tentang DSU Isa,beliau mendapat sokongan moral dari sekutu-sekutu lamanya. Mereka telah berpusu-pusu ke PD. Ramai pengusaha hotel di kalangan orang UMNO pun bersama melapangkan hotel mereka untuk kegunaan BN dan polis. FRU ditempatkan di AIMM Palm SpringsResorts. TV membawa berita tentang keburukan memasang bendera tanpa mengira tempat oleh parti-parti bertanding, biarlah. Ada berita tentang orang kena pukul dan macam-macam lagi. Tempat sempit tentulah banyak berlaga dan berlanggar.
Ini semua sebab agihan kerusi yang tidak betul. N9 negeri kecik kerusi banyak.

Saturday, October 3, 2009

Pilihan Raya Bagan Pinang 3

Saya telah ke PD pada malam penamaan calon. Memang meriah dengan pelbagai gelagat penyokong. Banyak kemah dirikan, banyak bendera dinaikkan dan banyak polis di tempatkan. Hotel-hotel dipenuhi pengunjung, penyokong dan polis. Pagi penamaan calon jalan-jalan ke bandar PD tutup, jam, tak boleh masuk, kawasan sempitlah katakan. Walau apapun PD tetap nyaman.
Berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk kempen pilihan raya Bagan Pinang? Bagi calon PAS nampak selekeh saja. Kemah kecik-kecik secara bandingan dengan kemah BN. Dengar-dengar orang-orang Jempol tempat DSU Isa menjadi ahli parlimen turun beramai-ramai untuk memberi sokongan. Itulah pelaburan budi, mesti dibalas budi. Orang Pilah pun turun berbondong-bondong. Orang KL pun tak melupakannya, walaupun hanya sebentar menjadi Menteri KL.
Mengikut orang PAS, DSU Isa dah ada handicap 4500 undi. Beliau perlu untuk mendapat lebih kurang 2500 undi untuk menang selesa, tetapi perbelanjaan yang ditaburkan nampak macam tak berpadanan banyaknya. Tapi bagus juga untuk orang PD dapat raya ke tiga. Raya puasa, Raya enam dan pilihan raya. Kalau dibelanja RM2M, bermakna bagi setiap undi RM800, kalau RM4M bermakna RM1.6K. Berapakah perbelanjaan sebenar bagi setiap pihak - 10M, 20M atau 30M? Adakah perlu pada kemah besar, makan besar, bendera besar, gambar besar dan banyak. Kalau kita masuk saja ke PD guna hi-way kita akan disambut oleh PM dan 1Malaysianya. Siapa yang nak diundi?
Baguslah

Thursday, October 1, 2009

Pilihan Raya Bagan Pinang

Tun Dr M mengancam untuk tidak turun berkempen untuk DSU Isa kerana beberapa perkara yang beliau tidak berkenan tentang pencalonan beliau. Siaplah yang hendak mendengari salakan dari harimau yang sudah kehilangan taring. Kalau dah tua buatlah cara orang tua. Nanti budak-budak kata kita nyanyok marah pula.
Apa yang sedang berlaku pada Tun Dr M bukan nyanok tetapi mirip pada 'gila talak'. Kalau dulu apa saja yang Tun cakap, belum cakap pun orang dah tunggang langgang jalankan. Lawak beliau biar tak kelakar pun, orang akan gelak hingga berguling-guling. Tun masih ingat orang hormat dan takut padanya seperti dulu. Tetapi setelah hilang kuasa dia masih terbayang-bayangkan yang lama. Macam orang gila talak .

Tuesday, September 29, 2009

Pilihan raya kecil Bagan Pinang

Saya tidak mahu membincangkan sama ada BN memputusan yang betul atau keputusan yang salh. Saya hendak menilai dari perspektif saya sendiri nilai DSU Isa.
Memang beliau seorang yang berkarisma dan banyak menabur jasa. Tetapi senario politik masakini memerlukan suatu faktor tambahnilai yang boleh menyebabkan undi di atas pagar melorot kesebelah BN. Ada beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengaliran undi ke arah BN. Satu daripadanya adalah undi wanita.
Saya lihat DSU Isa kurang dari segi itu. Pertama, pemergian DSU Hazizah mencacatkan penampilan beliau. Kedua, cerita-cerita lama akan kembali menghantui kempen DSU Isa. Walauapapun yang terjadi jika DSU Isa ditakdirkan dipilih semula tidak ada sesiapa yang mampu menahannya dan begitu sebaliknya.